Tuesday, July 30, 2013

VIDEO RAYA MENGHINA ISLAM !! Umat Islam Ibarat Anjing ??


Kami sungguh sedih dan terkilan melihat video begitu terang-terangan menghina kredibiliti umat islam dengan mengibaratkan dan menyamakan umat islam dengan anjing, begitu hina betul permainan jahat mereka, diharapkan pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang tegas sebelum keadaan yang lebih buruk akan berlaku. 

umat islam diibaratkan dengan anjing
video hina islam
iklan raya hina islam




Lihat Video dibawah ini :


(Panas) Pondan Claim Dirinya Erra Fazira Sebenar

Kami menerima satu kiriman email koleksi gambar seorang lelaki yang claim dirinya adalah Erra Fazira sebenar! Tidak dinafikan terdapat iras wajah Erra Fazira pada lelaki ini. Lelaki mempunyai buah dada ini lebih mesra dipanggil rakyat Malaysia sebagai bapok atau pondan. Lebih 80% tubuh badannya telah berjaya diberi wajah baru sebagai seorang wanita. 20% lagi terletak di bahagian bawah yang masih belum sempat di’transform. Mungkin masih mengumpul dana untuk menjadi 100% wanita berwajah iras Erra Fazira. Ada rupa tak?







Adakah benar seperti yang dikatakan, semua pondan di Malaysia menggunakan khidmat bomoh untuk menjadikan wajah mereka seperti artis. Ada Erra, ada Ziana Zain, ada Siti Nurhaliza, ada Anita Sarawak dan ramai lagi. Jika anda mempunyai pengetahuan am mengenai kehidupan mereka, berkongsilah dengan kami.

P/s: Lebih banyak gambar tidak dipaparkan kerana memungkin’kan kami mati termuntah darah untuk meng’edit gambar-gambar tersebut.

Masih Ada Lagi Ke Perempuan Macam Ini di Malaysia?



LELAKI: saya nak bagi RM6000 untuk mas kawen awak

PEREMPUAN: RM6000? semurah itukah saya???

LELAKI: errrmmm...ok..RM10 ribu

PEREMPUAN: kalau RM10 ribu....rantai leher saya pom rm10 ribu...kiranya saya ini hanya seperti rantai leher??yang akan awak hancurkan bentuknya dan buat lain apabila puas dengan bentuk yg lama??

LELAKI: ok..!!....RM20 ribu

PEREMPUAN: kereta VIVA saya berharga 40 ribu....bermakna saya lebih murah dari kereta VIVA disisi awak

LELAKI: ok...RM50 ribu

PEREMPUAN: adakah itu harga saya??? bangunan KLCC tupun berharga jutaan ringgit...

LELAKI: ok...baiklah....awak letaklah sendiri berapa harga awak...saya akan bayar!

PEREMPUAN: ......diri saya TERLALU mahal.....sehingga awak x dapat nak BELI....cukuplah awak bagi RM100 ringgit sahaja....bukan kerana harga saya....tapi kerana perintah Agama yg mewajibkan mas kawen.

Seks Dalam Kereta Peronda - CIF Inspektor Di Penjara 14 Tahun, 10 Sebatan



KOTA BHARU 28 Julai - Seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan iaitu melakukan seks luar tabii ke atas seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dengan menyuruh mangsa melakukan oral seks dan mencabul kehormatan mangsa di dalam kereta peronda polis, empat tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh, Ishak Mahmud, 49, didapati bersalah atas kedua-dua pertuduhan.

“Saya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dengan itu, tertuduh didapati bersalah untuk kedua-dua pertuduhan," kata Azman.

Bagi pertuduhan pertama, Ishak didakwa melakukan seks luar tabii dengan menyuruh remaja perempuan berusia 15 tahun 4 bulan itu melakukan seks oral tanpa kerelaannya di dalam kereta peronda polis jenis Proton Perdana di kawasan Kampung Air Terjun Bentagor, Pasir Puteh pada pukul 2 pagi, 2 Oktober 2009.

Bapa empat orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima tahun hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah untuk mencabul mangsa pada waktu dan tempat yang sama.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua seksaan itu jika disabitkan.

Azman mengarahkan tertuduh dihukum penjara 14 tahun dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama serta enam tahun penjara dan lima sebatan bagi pertuduhan kedua manakala hukuman pemenjaraan diarahkan berjalan serentak menjadikan tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 14 tahun.

Pendakwaan semalam dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Sukri Mohamed.


SHAK diiring keluar dari Mahkamah Sesyen semalam. 

Sukri sebelum hukuman dijatuhkan memberitahu mahkamah bahawa tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai anak antara umur lapan tahun hingga 23 tahun yang mana kesemuanya masih belajar manakala isterinya seorang suri rumah.

“Akibat sabitan ini tertuduh akan kehilangan pekerjaan dan tentunya hukuman ini satu yang perit bagi tertuduh dan masa depan dia serta keluarga," katanya.

Intan Nor Hilwani meminta supaya hukuman berat dikenakan kepada tertuduh kerana kedua-dua kesalahan itu adalah serius.

“Tertuduh juga merupakan seorang polis yang mana sepatutnya menjadi pelindung masyarakat tapi dia sebaliknya dalam kes ini," katanya.
Azman bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman setelah pihak pembelaan memohon sedemikian untuk membuat rayuan di Mahkamah Tinggi 


Cikgu Shida Berang Bila Di Tegur UAI

Nampaknya Cikgu Shida ni pantang bebeno bila ditegur kerana hobinya yang sering memuatnaik video di youtube itu. Terbaru, seseorang telah bertanya UAI menerusi laman fanpagenya berkenaan hukum seorang wanita membuat dan memuatnaik video menyerupai lelaki.







Monday, July 29, 2013

2 Perogol Ini Di Bakar hidup-Hidup Oleh Penduduk Kampung


Masyarakat sering mempunyai cara sendiri untuk mengadili seseorang yang melakukakan pelanggaran undang-undang, cara tersebut sering disebut sebagai main hakim sendiri. Cara tersebut juga tidak jarang berlaku di negara kita, cara-cara seperti ini dilakukan oleh masyarakat biasanya disebabkan oleh menurunnya kepercayaan mereka terhadap penguatkuasaan undang-undang yang kadang menurut masyarakat tidak boleh berlaku adil dalam menyelesaikan masalah.

Mahkamah jalanan atau main hakim sendiri seperti ini biasanya lebih kejam dan sadis bahkan lebih sering tidak berperikemanusiaan. Sering kita mendengar sebuah insiden dimana seorang pelaku kejahatan diadili ditempat oleh masyarakat dengan cara ditelanjangikemudian di arak keliling kampung, dipukul hingga babak didera, dipukul sehingga mati bahkan ada juga yang dibakar hidup-hidup.

Dua orang lelaki ini adalah pelaku pemerkosaan yang tertangkap oleh masa, masyarakat mengadilinya dengan cara yang sangat sadis. Setelah dipukul hingga bersimbah darah, tidak cukup hanya itu saja, setelah korban tidak berdaya mangsa diikat pada sebuah pohon kemudian secara beramai-ramai masyarakkat membakarnya hidup-hidup. Tragis dan sangat mengerikan ..!
















Anak Kecil Ini Dipeluk Makhluk Halus.Lihat Fotonya

Kehadiran makhluk halus yang tertangkap kamera kembali terulang. Kali ini, peristiwa itu terjadi pada pasangan suami isteri Wahyu dan Yuni, warga Jalan KH Atas Kampung Buduran Kabupaten Sidoarjo



Pasangan itu terkejut bukan kepalang kerana saat anaknya dipotret, sesosok makhluk halus turut terakam dalam kamera.

Di situ kelihatan ada dua tangan aneh membelai kepala anaknya. Satu tangan dengan lengan yang cukup panjang dan satu tangan lagi tanpa lengan. Hanya telapak dan jari-jarinya yang berkuku agak runcing.

"Itu sebenarnya bukan kami yang motret. Waktu itu, anak saya sedang di rumah neneknya di Sedati. Anak saya yang sedang ketawa dipotret oleh tetangga. Tadinya juga tidak ada apa-apa. Tetapi entah bagaimana, hasilnya seperti itu," kata Wahyu ketika dihubungi beritajatim.com, Jumat (25/3/2011).

Diceritakannya, anaknya bernama Arazah Abdi. Saat ini berusia sekitar 7 sampai 8 bulan. Sejak dalam kandungan sampai lahir, tidak ada keanehan yang terjadi. Semuanya berlangsung baik-baik saja. "Sebelum dan sesudah pemotretan itu, anak saya juga tidak mengalami hal-hal aneh. Dia tidak panas atau rewel," katanya.

Saturday, July 27, 2013

Evolusi Gambar Pelakon "Home Alone" Dari Kanak-2 Hingga Dewasa..

Evolusi Gambar Pelakon "Home Alone" Dari Kanak-2 Hingga Dewasa..

Gambar2 pelakon utama Home Alone dari beliau kecil sehingga dewasa..

jom tengok disini..


Filem Home Alone merupakan filem menceritakan seorang budak yang berjaya menewaskan perompak yang ingin mencuri sejurus selepas ibu bapa budak tersebut keluar dari rumah. Dengan ciptaan dan kreativiti budak tersebut, dia berjaya menewaskan kesemua perompak yang cuba masuk ke rumahnya. Pelakon utama Macaulay Carson Culkin dilahirkan pada 26 Ogos 1980 menikmati zaman populariti semasa era kemunculan filem tersebut. Namun populariti tersebut semakin tenggelam diarus zaman..

Berikut adalah gambar evolusi dari awal kemunculannya hingga sekarang..


1988

1991

1993

1994

1999

2004

2006

2009



2010

2011



2012

ogos 2012

Kisah Benar: Anakku Kekasihku..

Kisah Benar: Anakku Kekasihku..

Kisah terkutuk seorang bapa yang menjadikan anaknya seperti kekasihnya walaupun isterinya masih ada..

jom baca disini..



JOHOR BAHRU: ‘Anakku kekasihku’ adalah istilah tepat bagi menggambarkan kasih sayang seorang bapa terhadap anak gadisnya yang berusia 17 tahun sehingga sanggup tidur sekatil setiap malam sejak dua tahun lalu.

Peliknya, perbuatan lelaki yang bekerja sebagai juruteknik itu diketahui isterinya, namun wanita itu lebih rela merahsiakan perbuatan terkutuk suaminya untuk mengelak menjadi bualan jiran.
Difahamkan, kejadian bermula sejak 2008 ketika mangsa baru mencecah usia 15 tahun apabila dia dipaksa tidur sebilik bersama bapanya di rumah mereka di Taman Perling, di sini.
Biarpun enggan berbuat demikian, mangsa terpaksa akur dan merelakan diperlakukan sedemikian dengan melayan permintaan gila bapa kandungnya kerana bimbang berlaku kekecohan yang akan mengejutkan ahli keluarga lain serta jiran.

Walaupun pernah merancang mendedahkan perbuatan melampau bapanya dengan membuat laporan polis, mangsa yang masih bersekolah terpaksa membatalkan hasratnya berikutan bimbang si bapa dicekup polis yang akan menyebabkan mereka hilang tempat bergantung.

Apabila mangsa meningkat dewasa, bapanya dikatakan mula memberi layanan istimewa dan mengawal segala tindak tanduk dan pergerakannya setiap hari.

Perubahan itu dipercayai didorong perasaan cinta dan kasih terhadap anak kandung yang dianggap seperti teman wanita.

Lelaki setan itu turut didakwa sanggup menghantar dan menjemput anak gadisnya di sekolah serta menyekat kebebasan mangsa untuk berkawan dengan pelajar lain.

Jika mangsa tidak muncul di depan pintu pagar sekolah pada waktu ditetapkan, lelaki itu akan mencarinya di seluruh pelosok kawasan hingga anak gadisnya ditemui.

Bagaimanapun, pagi kelmarin pelajar malang berkenaan tampil membuat laporan polis apabila tidak mampu memendam rahsia hitam menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, mengesahkan menerima laporan mangsa berhubung kejadian itu sebelum menahan suspek, pagi kelmarin.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa mendakwa sering dicabul bapanya yang berusia 44 tahun selain dipaksa tidur bersama hampir setiap malam.

“Malah siasatan lanjut mendapati ibu mangsa juga menyedari perlakuan suspek tetapi takut untuk membuat laporan polis kerana suaminya adalah punca pendapatan keluarga,” katanya.
Menurut Ruslan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

“Suspek juga diperintah reman empat hari bermula hari ini (semalam) hingga Selasa depan bagi membantu siasatan,” katanya.


Monday, July 22, 2013

SEDIH! BAYI KEMBAR 12 INI TERPAKSA DIBUNUH




SEDIH! Bayi Kembar 12 Ini Terpaksa Dibunuh | Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.

“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.

“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.

Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!

Hilang selera makan malam lepas tengok gambar awek ni





-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





Tidakkk! gambar ni betul-betul membuatkan saya hilang selera makan malam ni..tak sanggup nak telan benda putih tu woiiii..

Apa punya orang lah tak ada kerja lain kah mau buat? alang-alang saya dah hilang selera, apakat kata korang share gambar ni biar lagi ramai hilang selera dan muntah kuning hahaha..

Kedai Di Jepun Tawarkan Khidmat 'Tidur Bersama Wanita'



SOINE-YA, sebuah premis perniagaan di Akihabara, Jepun, menawarkan perkhidmatan yang agak berbeza dari kedai biasa: iaitu membenarkan lelaki membayar untuk mendapatkan khidmat wanita tidur bersama mereka. Menurut tuan punya perniagaan itu, ini untuk membantu lelaki dari sudut emosi.

Bagaimanapun, pejuang hak wanita - Mayumi Yugata melenting dengan perkhidmatan seumpama itu. Yugata berkata itu seolah-olah membuatkan wanita seperti objek yang boleh dijual-beli.

“Apapun kaedah perniagaan ini, ia tetap berkaitan dengan unsur seksual. Bagaimana cara pemakaian wanita tersebut dan dimana batas yang harus mereka lalui? Mungkin pelanggan akan menawarkan wang yang lebih untuk perkhidmatan yang lebih dari sekadar tidur. Idea ini benar-benar mengarut,” kata Yugata.

Jika anda berminat untuk melanggan perkhidmatan ini, sediakan jumlah wang secukupnya.

Berdasarkan info di kotaku.com, bayaran keahlian adalah $39. Untuk perkhidmatan tidur 20 minit, anda terpaksa membayar lagi dua kali ganda kos keahlian. Untuk tidur selama 6 jam, bersedialah untuk membayar $400.

Terdapat juga beberapa pakej lain untuk perkhidmatan ini. Contohnya, pelanggan perlu membayar ¥1,000 ($13) untuk wanita merehatkan tangan pada lengan pelanggan selama 3 minit , menerung antara satu lama lain dikenakan caj tambahan ¥1,000. Jika ingin merehatkan kepala di atas ribaan wanita selama 3 minit juga dikenakan bayaran ¥1,000

Kenapa wanita ini jadi tumpuan?




Suami Baru Abby Abadi Adalah Pembantu Butiknya

Selepas berita perkahwinan Abby Abadi secara tiba-tiba meletup dan menjadi hangat hari ini, sudah tentu persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah siapakah lelaki itu?

Sebelum ini pernah timbul cerita seperti Abby mungkin kembali kepada Norman tetapi tidak pula mengenai seorang lelaki baru.

Sebenarnya, lewat seminggu lalu, Abby Abadi telah memuat naik status yang membayangkan hatinya berbunga-bunga menerima kehadiran seseorang dalam hidup.

Bersama gambar sebentuk cincin yang cantik tersarung di jari manis, Abby menulis:

Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima dirinya,
Jika takdir ALLAH menentukan kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersamanya.
Jika ALLAH telah menuliskan jodoh kita dengan dirinya,
Kita tetap akan bersama dirinya,
Kerana tulang rusuk & pemiliknya,
tidak akan pernah tertukar
& akan bertemu pada saat yang tepat.
Menurut ilmuNYA,
tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang &sebaik-baik yang dirancang dari ALLAH jua.

Ps: ‘berita bahagia’ ini akan Sy umumkan nanti… Doakan

Turut dimuat naik, gambar seorang jejaka kacak menghulurkan jambangan ros. Rentetan daripada pos ini, ada pengikut Instagram Abby meneka lelaki istimewa yang berjaya merebut hati Abby adalah seseorang yang pernah diperkenalkan Abby di laman Instagramnya sebelum itu.

Berikut kapsyen gambar Abby ketika memperkenalkan jejaka dalam usia 20-an tersebut:

Ini pembantu tadbir di #SyuhadaKasihAbadi kita. Farhan namanya, org Kelantan. Janji dah semua kerja dia buleh tolong… bgtau jer…. orite!! Sy minta jaga Sy nnti, ngeee!! hehe.. Status: Nk kahwin sgt dah dgrnyaaa.. huhu… Semoga impian terlaksana.




Hari ini, terkuaklah kisah sebenar apabila Abby mengakui sendiri, dia sebenarnya sudah 12 hari bergelar isteri.

Dan lelaki baru dalam hidupnya tak lain tak bukan, pembantu tadbir butiknya sendiri yang diperkenalkan sebelum ini.

Maknanya ketika gambar dan status atas dimuat naik, ‘nak kahwin sangat dah’ yang dimaksudkan oleh Abby pada Farhan adalah mengahwini dirinya sendiri!

Apa pun, selamat berbahagia kami ucapkan pada Abby. Semoga perkahwinan kali ini dirahmati dan memberikan kebahagiaan sampai jannah buatnya.